Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masih banyak syarikat perniagaan tidak tahu tentang skim pemerintah

Banyak syarikat perniagaan masih belum mengetahui tentang skim-skim atau rancangan-rancangan pemerintah serta bagaimana untuk memanfaatkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Masih banyak syarikat perniagaan tidak tahu tentang skim pemerintah

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 07:55AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 07:58AM

SINGAPURA: Banyak syarikat perniagaan masih belum mengetahui tentang skim-skim atau rancangan-rancangan pemerintah serta bagaimana untuk memanfaatkannya.

Ini menurut tinjauan tahunan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), yang dapatannya dikeluarkan pada Isnin (15 Okt).

Menurut hasil tinjauan itu, hanya 40 peratus responden mengetahui tentang Rancangan Perubahan Industri, iaitu pelan-pelan pemerintah untuk menyusun semula ekonomi negara.

Daripada jumlah itu, hampir dua pertiga tidak pasti bagaimana mereka boleh menyertai pelan tersebut atau memanfaatkannya.

Selain itu, kebanyakan syarikat juga didapati tidak mengetahui mengenai skim-skim baru pemerintah yang bermatlamat untuk membantu syarikat-syarikat.

Tahap kesedaran mengenai Skim Kredit Daya Penghasilan dan Inovasi adalah yang tertinggi dengan hampir 90 peratus responden mengetahui tentang skim berkenaan, namun ia dihentikan pada 2017.

Sementara itu, lebih 80 peratus responden menyifatkan keselamatan siber sebagai isu yang serius.

Bagaimanapun, hampir 65 peratus juga mengakui bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk mengikut rentak perkembangan berhubung ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat manakala lebih separuh responden mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pakar dalam syarikat untuk membantu menangani isu tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan