Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos Zulkifli lakukan lawatan ke Jordan dan Mesir

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli akan mengiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean dalam lawatannya ke Timur Tengah dari 12 hingga 14 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli akan mengiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean dalam lawatannya ke Timur Tengah dari 12 hingga 14 Oktober.

Ini adalah lawatan pertama Encik Masagos ke Timur Tengah sejak beliau menyandang jawatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Encik Masagos juga akan melakukan lawatan ke Jordan dan Mesir dari 14 hingga 16 Oktober. Beliau akan diiringi oleh para pegawai kanan dari Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), termasuk Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Dr Albakri Ahmad.

Semasa di Jordan, Encik Masagos dan para anggota delegasi akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Jordan yang baru, Profesor Abdel-Karim Al-Qudah serta para pegawai kanan lain.

Mereka juga akan mengunjungi Fakulti Sharia universiti tersebut. Encik Masagos juga akan mengadakan dialog bersama para siswazah rakyat Singapura semasa lawatan tersebut.

Semasa di Kaherah, Mesir pula, Encik Masagos akan menjadi tetamu terhormat di majlis konvokesyen tahunan Universiti Al-Azhar bagi para pelajar rakyat Singapura, di mana beliau dijangka menyampaikan ucapan.

Encik Masagos juga akan menghadiri satu majlis jamuan serta sesi dialog bersama para siswazah rakyat Singapura dari Universiti Al-Azhar.

Semasa rangka lawatannya itu, Encik Masagos juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Imam Besar Universiti Al-Azhar, Sheikh Saleh Abbas, serta para cendekiawan dan tokoh-tokoh lain dari universiti tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan