Images
  • masagos
    Isu perbandaran, kos jagaan kesihatan antara topik perbualan utama semasa lawatan menteri. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook) 

Masagos lawat Bishan East-Thomson, fahami keprihatinan penduduk

SINGAPURA: Isu-isu perbandaran merupakan topik perbualan utama semasa lawatan Menteri menemui masyarakat hari ini (10 Nov) di kawasan Bishan East-Thomson.

Ia merupakan lawatan terbaru di bawah format baru yang memastikan setiap lawatan disertai lebih seorang menteri meskipun dari kawasan undi yang lain.

Semasa lawatan tadi (10 Nov), Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli diiringi para pemegang jawatan politik, Koh Poh Koon dan Sam Tan.

Mereka mengunjungi beberapa kedai kopi, sebuah pasar basah dan pusat penjaja makanan.

Selain menerima maklum balas mengenai laluan pejalan kaki yang berbumbung, satu lagi keprihatinan yang ditimbulkan adalah mengenai kos jagaan kesihatan.

Dr Koh mengalu-alukan format baru itu kerana ia memberikannya peluang untuk beramah mesra dengan penduduk, selain mendapatkan idea-idea baru. 

- CNA/NT/ai

Top