Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS: Wadah permudah urusan dagangan semula sekuriti perlu dapatkan lesen

Semua entiti yang merancang mengendalikan wadah bagi mempermudah urusan dagangan kedua dalam pasaran sekuriti perlu mendapatkan lesen sebagai pengendali pasaran, menurut MAS.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2018 10:00PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 10:03PM

SINGAPURA: Semua entiti yang merancang mengendalikan wadah bagi mempermudah urusan dagangan kedua dalam pasaran sekuriti perlu mendapatkan lesen sebagai pengendali pasaran.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan demikian selepas sebuah firma crowdfunding, FundedHere, membatalkan rancangannya hendak menubuhkan bursa swasta, FundedX, di sini.
Ini disebabkan MAS belum mengiktiraf FundedX sebagai pengendali pasaran.

Tidak seperti syarikat-syarikat yang disenaraikan di bursa awam, syarikat-syarikat privet tidak perlu melaporkan prestasi kewangan masing-masing bagi setiap tiga bulan.

Ini menimbulkan keprihatinan kerana para pelabur tidak tahu tentang kedudukan kewangan syarikat-syarikat berkenaan, seperti syarikat pemula.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan