Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS, CAD lancar siasatan ke atas semua pasaran modal, kesalahan nasihat kewangan

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Ehwal Komersil (CAD) Pasukan Polis Singapura akan melancarkan siasatan secara bersama ke atas semua pasaran modal dan kesalahan berhubung nasihat kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS, CAD lancar siasatan ke atas semua pasaran modal, kesalahan nasihat kewangan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 04:40PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 04:46PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Ehwal Komersil (CAD) Pasukan Polis Singapura akan melancarkan siasatan secara bersama ke atas semua pasaran modal dan kesalahan berhubung nasihat kewangan.

Ini memperluaskan skop bagi aturan 2015 kedua-dua pihak, yang meliputi siasatan bersama salah laku pasaran seperti perdagangan orang dalam dan manipulasi pasaran.

Bermula 17 Mac, ini termasuk semua kesalahan di bawah Akta Sekuriti dan Saham Hadapan serta Akta Penasihat Kewangan, umum kedua-dua pihak dalam kenyataan medianya pada Selasa (13 Mac).

"Ini membolehkan tahap kecekapan lebih tinggi dan penguatkuasaan pasaran modal dan kesalahan penasihat kewangan lebih berkesan," jelasnya.

"Aturan ini akan membolehkan kedua-dua agensi mengumpul sumber siasatan dan kepakaran serta meningkatkan lagi kecekapan keseluruhan siasatan salah laku pasaran."

Aturan Siasatan Bersama CAD-MAS dirasmikan pada Mac 2015. Sejak itu, tiga pesalah laku pasaran didapati bersalah hasil siasatan bersama itu.

Beberapa kes lain dihadapkan ke mahkamah, termasuk individu yang didakwa terlibat dalam manipulasi saham Blumont Group, Asiasons Capital dan LionGold Corp. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan