Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Maklumat peribadi 427 NSmen didedah akibat kesilapan teknikal

Maklumat peribadi 427 anggota kerahan (NSmen) dari SAF dan Home Team dihantar kepada satu sama lain pada Selasa (12 Jun) akibat kesilapan teknikal dilakukan oleh vendor pengendali penukaran mata ganjaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Maklumat peribadi 427 NSmen didedah akibat kesilapan teknikal

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 12:02AM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 12:05AM

SINGAPURA: Maklumat peribadi 427 anggota kerahan (NSmen) dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team dihantar kepada satu sama lain pada Selasa (12 Jun) akibat kesilapan teknikal dilakukan oleh vendor pengendali penukaran mata ganjaran.

NSmen yang terjejas telah menebus kredit untuk dua program ganjaran - Anugerah NS Cemerlang (NSEA) dan Hadiah Meraikan NSmen (CG), menurut kenyataan bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (14 Jun).

"Kejadian berlaku apabila vendor menggunakan skrip program salah pada sistem NSEA dan CG untuk menghantar emel pengesahan untuk memberitahu anggota NSMen tentang butiran penukaran mereka," tambah pihak berkenaan dalam kenyataan tersebut.

MINDEF dan MHA juga menambah bahawa vendor terlibat, Option Gift, sudahpun memberitahu dan meminta maaf kepada NSmen terjejas.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Option Gift menyatakan bahawa kesilapan itu menyebabkan butiran maklumat NSmen dihantar kepada satu sama lain.

Pihaknya menambah, ini satu "kejadian terpencil" dan khidmat penukaran bagi anggota kerahan lain tidak terjejas.

MINDEF dan MHA menyatakan pihak mereka sedang menyiasat kejadian ini dan menguatkuasakan langkah-langkah untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang.

Program NSEA dilancarkan pada 1 April 2016 bagi menggantikan skim Baucar Pengiktirafan Keluarga, untuk mengiktiraf anggota NSmen yang mencatat prestasi baik semasa latihan kerahan.

Di bawah skim CG, NSmen juga menerima kredit bernilai S$100 bagi meraikan peristiwa penting dalam kehidupan mereka seperti pernikahan, menyambut kelahiran anak atau mengambil anak angkat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan