Images
  • merlio
    (Gambar: AFP)

Makin ramai pelancong kunjungi S'pura; tapi kurang berbelanja

SINGAPURA: Semakin ramai pelancong mengunjungi Singapura dalam suku kedua tahun ini berbanding tahun lalu, namun mereka kurang berbelanja menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (9 Nov).

Ketibaan pelancong antarabangsa meningkat 8 peratus berbanding setahun lalu, mencecah 4.6 juta pengunjung. Bagaimanapun, pendapatan pelancongan bagi tempoh yang sama jatuh 1.7 peratus kepada S$6.6 bilion.

Ini disebabkan oleh pelancong yang kurang berbelanja bagi sektor-sektor seperti membeli-belah serta makanan dan minuman (F&B) sepanjang tempoh suku kedua, menurut laporan tersebut.

Secara keseluruhannya, para pelancong berbelanja S$1.26 bilion untuk membeli-belah, merosot 22 peratus berbanding tahun sebelumnya dan S$601 bagi makanan dan minuman, jatuh 15 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pendapatan bilik hotel naik 9.4 peratus berbanding setahun lalu, mencecah S$1 bilion, dengan kadar penginapan secara purata mencecah 85 peratus - naik 0.9 peratusan mata daripada tahun lalu.

Para pelancong dari China, Indonesia dan India adalah pengunjung yang paling berbelanja besar, menyumbang 45 peratus kepada pendapatan pelancongan tidak termasuk untuk bersiar-siar, hiburan dan segmen permainan.

- CNA/AI/ai

Top