Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Makanan sempena Sidang Trump-Kim terus diminati ramai

Sidang puncak Trump-Kim sudahpun berakhir tetapi beberapa jenis makanan yang dihasilkan untuk memperingatinya, terus diminati ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Makanan sempena Sidang Trump-Kim terus diminati ramai

Burger Trump-Kim dan Teh Ais Summit (Gambar: Royal Plaza on Scotts Singapore)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 05:46PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 05:49PM

SINGAPURA: Sidang puncak Trump-Kim sudahpun berakhir tetapi beberapa jenis makanan yang dihasilkan untuk memperingatinya, terus diminati ramai.

Malah ada hidangan yang begitu popular sehingga tawarannya terpaksa dilanjutkan.

Burger ayam dan kimchi, serta gegulung nasi dengan kentang goreng Korea.

Ia hanyalah salah satu daripada pelbagai makanan bertema yang dihasilkan sempena sidang puncak Trump-Kim.

Meskipun sidang tersebut sudah tamat, permintaan bagi makanan-makanan berkenaan masih kukuh.

Hotel Royal Plaza on Scotts menyatakan ia akan melanjutkan tawaran burger istimewa tersebut selama dua minggu lagi.

Semalam (12 Jun), 500 burger mini habis diagih secara percuma dalam masa sejam.

Satu lagi hidangan yang mendapat tarikan adalah aiskrim kimchi di Pusat Media Antarabangsa.

Dihasilkan syarikat tempatan Udders sebagai percubaan, sambutan menggalakkan di sidang puncak tersebut cukup kukuh bagi pelancarannya di pasaran utama kelak.

Ia akan mula ditawarkan di restoran-restoran terpilih, lewat tahun ini. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan