Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahu tembusi pasaran China dalam masa 3 bulan dan bukan 2 tahun? Ini caranya...

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini boleh menembusi pasaran China dalam masa kurang tiga bulan berbanding lazimnya dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu tembusi pasaran China dalam masa 3 bulan dan bukan 2 tahun? Ini caranya...

Kinofy dilancarkan Encik Iswaran hari ini (18 Apr).

Diterbitkan : 18 Apr 2018 08:37PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 08:39PM

SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini boleh menembusi pasaran China dalam masa kurang tiga bulan berbanding lazimnya dua tahun.

Ini dapat dilakukan menerusi satu wadah e-dagang dipanggil Kinofy yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan S Iswaran.

Kinofy menyelaras proses kemasukan produk ke pasaran China. Ia meliputi pendaftaran masuk produk, mengimport barangan secara fizikal serta menyediakan logistik dan gudang.

Dihasilkan dalam platform WeChat, Kinofy memberi syarikat-syarikat akses kepada lebih satu bilion pengguna di China.

Dalam ucapannya Encik Iswaran menekankan betapa pentingnya syarikat-syarikat Singapura meneroka pasaran baru agar dapat mengekalkan pertumbuhan dan daya penghasilan lebih tinggi.

Syarikat-syarikat boleh melanggani khidmat Kinofy dengan bayaran yuran tahunan.

SME tempatan akan mendapat 70% subsidi bagi langganan tahun pertama dengan Kinofy menerusi geran SkillsFuture. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan