Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia, Singapura masih berunding berhubung pertikaian maritim: Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata pada Sabtu (8 Dis) beliau mengalu-alukan rundingan bersama Singapura berhubung pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia, Singapura masih berunding berhubung pertikaian maritim: Mahathir

Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media pada 8 Dis.

Diterbitkan : 08 Dec 2018 05:37PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 05:44PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata pada Sabtu (8 Dis) beliau mengalu-alukan rundingan bersama Singapura berhubung pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara.

"Ramai pihak mengumumkan sempadan mereka sekali-sekala dan ia akan mengakibatkan pertikaian, maka kami akan menghuraikan pertikaian itu berdasarkan peruntukan undang-undang dan hak kami," kata beliau dalam sidang media selepas satu mesyuarat masjlis Pakatan Harapan.

"Yang penting adalah Singapura bersetuju untuk berunding. Jadi, sehingga kita selesai berunding, kita tidak boleh memberi sebarang jawapan akhir (berhubung isu tersebut)."

Dr Mahathir tidak memberikan sebab khusus apabila ditanya para wartawan mengapa Malaysia meluaskan had pelabuhan Johor pada Oktober - satu langkah yang disifatkan Singapura sebagai "pencabulan serius" kedaulatannya dan undang-undang antarabangsa.

Dr Mahathir sebelum ini berkata bahawa had pelabuhan baru Johor yang diwartakan pada 25 Oktober, tidak "menyentuh" sempadan Singapura.

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan mengumumkan pada Khamis bahawa Singapura juga meluaskan had pelabuhan Tuas memandangkan "perkembangan provokatif" yang berlaku. Kapal-kapal Malaysia mencerobohi perairan Singapura berkali-kali sepanjang dua minggu lalu, tambahnya.

Setakat petang Jumaat, tiga kapal kerajaan Malaysia masih berada dalam perairan Singapura meskipun digesa berkali-kali oleh para Menteri Singapura agar meninggalkan kawasan itu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/BERNAMA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan