Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Luahan kesedihan luar biasa dikagumi para pemimpin luar negara

Menteri Luar K Shanmugam berkata, para pemimpin luar negara kagum dengan luahan luar biasa rasa kesedihan yang ditunjukkan kepada mendiang Lee Kuan Yew, dan ini menggambarkan sesuatu yang lebih mendalam lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Luar K Shanmugam berkata, para pemimpin luar negara kagum dengan luahan luar biasa rasa kesedihan yang ditunjukkan kepada mendiang Lee Kuan Yew, dan ini menggambarkan sesuatu yang lebih mendalam lagi.

Para pemimpin tempatan juga melahirkan rasa tersentuh pelbagai ucapan belasungkawa perpisahan yang begitu menyentuh hati.

Lebih 1.5 juta orang memberi penghormatan kepada mendiang Encik Lee sejak beberapa hari lalu.

Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang, berkata: "Jumlah itu langsung tidak terfikir. Seorang kenamaan asing memberitahu kami, di Amerika Syarikat kita tidak pernah melihat perkara seperti ini sejak peristiwa pembunuhan John F Kennedy. Jelas, ini menyatakan sesuatu."

Mantan Menteri Negara Kanan, Zainul Abidin Rasheed, pula menambah: "Walaupun kita di sini untuk upacara bagi seorang pemimpin yang terulung, 'gergasi di kalangan manusia', tapi apa yang kita dengar tentang pengalaman-pengalaman daripada para pemimpin kita, daripada anggota keluarga Encik Lee Kuan Yew sendiri, menunjukkan betapa mendiang Lee Kuan Yew adalah seorang yang sungguh mulia, sungguh 'simple'."

Speaker Parlimen, Halimah Yacob berkata: "Saya rasa suasana majlis tadi memanglah amat sugul dan muram, tapi pada masa yang sama juga, kita dapat melihat, mendengar ucapan melalui ucapan-ucapan apa yang telah beliau lakukan untuk Singapura dan bagaimana kehidupan beliau.

"Sungguhpun beliau mampu untuk misalnya mengadakan hidup dengan mewah, namun, beliau pilih dengan sendirinya untuk hidup dalam amat, keadaan amat sederhana."

Dalam belasungkawa beliau, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan dua hakikat.

Pertama, cinta sejati Lee Kuan Yew kepada Singapura. Dan kedua, cinta sejati mendiang kepada isteri dan keluarganya.

Dan PM Lee juga mengatakan betapa kita semua kehilangan seorang Bapa. Bagi sebahagian para pemimpin di sini pula, boleh dikatakan jika India memberikan kepada dunia Mahatma Gandhi, dan Afrika Selatan memberikan kepada dunia Nelson Mandela, dan Amerika Syarikat pula memberikan kepada dunia George Washington, Singapura pula memberikan kepada dunia, negarawan hebat, Lee Kuan Yew. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan