Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA putuskan ketepikan bayaran tunda e-skuter yang disita

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Selasa (16 Okt) bahawa ia sudah mengetepikan bayaran menunda berharga S$150 bagi sebuah e-skuter yang disita di Bedok beberapa bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA putuskan ketepikan bayaran tunda e-skuter yang disita

Surat yang tular secara online. (Gambar: Facebook/ROADS.sg)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 10:18PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 10:22PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Selasa (16 Okt) bahawa ia sudah mengetepikan bayaran menunda berharga S$150 bagi sebuah e-skuter yang disita di Bedok beberapa bulan lalu.

Langkah tersebut setelah surat LTA kepada pemilik e-skuter yang disitanya, tular di media sosial.

Surat yang bertarikh 5 Okt, bertajuk Penunggang E-Skuter yang tidak Mematuhi Undang-undang, mendakwa bahawa pemilik PMD itu menunggang alat tersebut di laluan pejalan di Bedok North Road pada 30 Jul.

E-skuter tersebut, yang seberat 27.7 kilogram, melebihi had 20 kilogram yang dibenarkan, sekali gus disita bagi disiasat, menurut surat itu.

Dalam surat itu, pemilik e-skuter tersebut diminta untuk menghadiri satu sesi wawancara untuk membantu dalam siasatan.

Surat tersebut juga menyatakan bahawa pemilik itu perlu melunaskan bayaran menunda bernilai S$150 dan bayaran menyimpan PMD itu sebanyak S$21.40 setiap hari dari tarikh ia disita".

Jumlah keseluruhan penyimpanan e-skuter itu hampir S$1,500 bagi tempoh simpanan lebih dua bulan.

Sekiranya pemilik tersebut tidak menyelesaikan "perkara-perkara yang wajib", menurut surat itu, prosiding undang-undang akan diambil untuk "mendapatkan semula bayaran penundaan dan penyimpanan".

Dalam satu respons emel kepada pertanyaan Mediacorp, LTA menyatakan bahawa ia sedar bahawa surat itu tular secara online.

LTA juga menyatakan bahawa bayaran penyimpanan sebenarnya tidak dikenakan bagi alat-alat PMD yang disita.

Bayaran penyimpanan hanya akan dikenakan sekiranya para pemilik alat-alat yang disita kitu melanggar syarat undang-undang, gagal mendapatkan kembali barangan mereka setelah "tempoh yang diberikan" menyusuli siasatan, menurut LTA. Ia bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana tempoh tersebut diputuskan.

Oleh itu, "pemilik e-skuter tidak perlu membayar kos penyimpanan", beritahu LTA kepada Mediacorp.

LTA turut menyatakan bahawa ia memutuskan untuk mengetepikan bayaran penundaan sebanyak $150 "disebabkan keadaan pemilik yang boleh difahami". Ia bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai apa keadaan tersebut. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan