Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Low gunakan dana penduduk untuk biaya ejen pengurusan 'syarikat baru' bagi pembangkang: Peguam PRPTC

Peguam bagi Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) pada Selasa (16 Okt) menuduh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang, menggunakan dana penduduk untuk membiayai "syarikat baru" bagi bandar-bandar yang ditadbir oleh parti pembangkang.

Anggaran Waktu Membaca:
Low gunakan dana penduduk untuk biaya ejen pengurusan 'syarikat baru' bagi pembangkang: Peguam PRPTC

Encik Davinder Singh. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 12:48AM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 12:52AM

SINGAPURA: Peguam bagi Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) pada Selasa (16 Okt) menuduh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang, menggunakan dana penduduk untuk membiayai "syarikat baru" bagi bandar-bandar yang ditadbir oleh parti pembangkang.

Buat pertama kali, Encik Low mengisi kandang saksi pada Selasa (16 Okt) di perbicaraan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Mantan ketua WP itu, serta Anggota Parlimen WP Sylvia Lim dan Pritam Singh, sedang disaman oleh PRPTC dan AHTC kerana melanggar tanggungjawab fidusiari dengan pelantikan FM Solutions and Services (FMSS) sebagai ejen pengurusan bagi AHTC. Mereka juga dituduh membenarkan lebih S$33 juta "bayaran tidak wajar", kebanyakannya kepada FMSS.

Peguam Kanan bagi pihak plaintif, Davinder Singh menghabiskan waktu tengah hari dengan mempersoalkan hujah Encik Low bahawa beliau melakukan dengan "niat yang baik" dan bagi kepentingan terbaik untuk para penduduk dengan melantik FMSS sebagai ejen pengurusannya dan bukan, CPG Facilities Management.

Sebaliknya, Encik Singh berkata: "Anda mengambil keputusan untuk menggunakan dana untuk membiayai syarikat baru bagi manfaat bandar-bandar yang dipimpin oleh parti pembangkang. Itu, Tuan, adalah tujuan tidak wajar. Itu suatu niat tidak baik."

Encik Singh merujuk kepada afidafit Encik Low, di mana Encik Low berkata beliau berpendapat bahawa "pengenalan peserta baru dalam pasaran kecil itu adalah baik untuk persaingan dan penandaan aras harga sepanjang tempoh".

Beliau merujuk kepada pengenalan ejen pengurusan baru bagi majlis bandaran dan bagaimana ia baik untuk persaingan, kerana terdapat hanya tiga ejen pengurusan pada masa itu, semua memberi khidmat kepada majlis-majlis bandaran di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Majlis Bandaran Hougang dikendalikan sendiri dan bukan oleh ejen pengurusan sebelum Parti Pekerja menang GRC Aljunied pada Pilihan Raya 2011.

Menurut Peguam Kanan tersebut, itulah sebab sebenar Encik Low, dan defendan-defendan lain, ingin menubuhkan FMSS - kerana ia adalah baik untuk bandar-bandar yang dipimpin parti-parti pembangkang.

Beliau menegaskan bahawa hujah Encik Low yang AHTC melantik FMSS sebagai ejen pengurusan kerana CPG tidak ingin masuk campur, "semuanya direka-reka".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan