Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lori angkut sampah dari bahagian tepi boleh jimatkan tenaga manusia

Lori-lori yang dilengkapi dengan mekanisme mengangkat barangan daripada tepi, akan digunakan untuk mengumpul barangan yang boleh dikitar semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Lori angkut sampah dari bahagian tepi boleh jimatkan tenaga manusia

(Gambar: Junn Loh)

Diterbitkan : 21 Apr 2018 05:11PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 05:13PM

SINGAPURA: Lori-lori yang dilengkapi dengan mekanisme mengangkat barangan daripada tepi, akan digunakan untuk mengumpul barangan yang boleh dikitar semula.

Ia akan digunakan di estet perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Ang Mo Kio-Toa Payoh dan kawasan Jurong dan diuji selama setahun dalam usaha mengurangkan tenaga manusia bagi proses pengutipan.

Kini, barangan untuk dikitar semula di estet perumahan HDB dikumpul menggunakan lori pemuat dari belakang. Lori-lori ini memerlukan seorang pemandu dan dua lagi pekerja lain untuk menolak tong-tong kitar semula berwarna biru ke lori untuk dikosongkan.

Lori dengan pemuat di bahagian tepi hanya memerlukan seorang pekerja, iaitu pemandu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (21 Apr).

"Penggunaan lori pemuat dari tepi ini memberikan peluang kepada para pekerja untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam industri perkhidmatan sekitaran (ES) dan mempertingkatkan produktiviti kutipan kitar semula dengan penggunaan teknologi," kata ketua eksekutif NEA Ronnie Tay.

Percubaan tersebut bermula di kawasan Ang Mo Kio-Toa Payoh pada Jumaat dan di Jurong pula pada 2 Mei.

Barangan kitar semula dari 223 blok HDB akan terlibat dalam percubaan ini - 90 blok di Ang Mo Kio-Toa Payoh dan 133 blok di Jurong, menurut NEA.

Juga dengan pelancaran lori baru ini adalah tong kitar semula biru yang baru, yang boleh memuatkan tiga kali ganda jumlah tong yang kini 660 liter.

Sistem pengumpulan menggunakan lori pemuat dari tepi sudah berjaya dikerahkan di negara-negara seperti Itali, Sepanyol dan Australia.

Sistem baru itu adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Perancangan Transformasi Industri perkhidmatan sekitaran yang dilancarkan Disember lalu.  

Sumber : CNA/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan