Loji pengeluaran tong keluli S$20 juta dibuka di Singapura
Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran berkata pembukaan loji pengeluaran tong keluli bernilai S$20 juta adalah petanda positif tentang pertumbuhan berkekalan perusahaan daya tenaga dan kimia Singapura.
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran berkata pembukaan loji pengeluaran tong keluli bernilai S$20 juta adalah petanda positif tentang pertumbuhan berkekalan perusahaan daya tenaga dan kimia Singapura.
Tong-tong keluli yang dihasilkan di loji Dovechem direka khas untuk menampung produk-produk petroleum, cecair kimia serta bahan yang mudah mengakis.
Sedang permintaan bagi bahan-bahan daya tenaga dan produk kimia berkembang di Asia, Encik Iswaran berkata Singapura dalam kedudukan baik untuk merebut peluang-peluang di rantau ini.
Negara ini tambah beliau, mempunyai rangkaian nilai kimia yang meluas, disokong oleh inovasi dan kajian.
Sektor tersebut juga adalah asas utama ekonomi Singapura, merangkumi 25 peratus hasil sektor pengeluaran.
Peningkatan daya penghasilan adalah anak kunci supaya kekal berdaya saing, tegas Encik Iswaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.