Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Li Hongyi: 'Ye Ye' sumber inspirasi

Encik Li Hongyi menyifatkan datuknya, Perdana Menteri pertama Lee Kuan Yew, sebagai sumber inspirasi beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Mar 2015 11:12PM Dikemas Kini : 31 Mar 2015 11:25PM

SINGAPURA: Encik Li Hongyi menyifatkan datuknya, Perdana Menteri pertama Lee Kuan Yew, sebagai sumber inspirasi beliau.

"Semasa kecil, saya kagum dengan datuk saya yang saya panggil Ye Ye, dan amat sangat teringin untuk menjadi seseorang yang sehebat beliau. Hasrat ini berterusan sehingga sekarang," ujar Encik Li, anak lelaki kedua Perdana Menteri Lee Hsien Loong, di upacara persemadian peribadi untuk mendiang pada hari Ahad (29 Mac).

BERIKUT BEBERAPA PETIKAN UCAPANNYA:

"Beberapa tahun lalu, semasa saya sedang membuat persiapan untuk ke universiti, Ye Ye memberikan saya sebuah kamera. Ia merupakan satu-satunya hadiah yang diberikan oleh datuk kepada saya.

"Selang beberapa tahun kemudian, saya begitu berminat dengan bidang fotografi, dan memetik beribu-ribu gambar semasa menuntut di kolej. Selepas tamat pengajian, saya mengumpul gambar-gambar kegemaran saya menjadi sebuah buku. Saya memberikannya kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas pemberian hadiah beliau itu, dan untuk menunjukkan saya sudah memanfaatkannya.

"Setiap Ahad, kami makan tengahari bersama Ye Ye dan Nai Nai (nenek, Cik Kwa Geok Choo) di rumah mereka. Kami selalu makan hidangan-hidangan yang ringkas: Mee rebus, nasi lemak, popiah. Beliau (Ye Ye) bukanlah seseorang yang mementingkan kemewahan.

"Mungkin ada yang menyangka beliau mementingkan jenama pakaiannya atau berapa mewah hidangannya - ini sesuatu yang saya tidak boleh terima sama sekali.

"Fikirannya selalu tertumpu kepada perkara-perkara lebih penting. Beliau akan berbincang dengan ibu bapa kami sementara saya dan sepupu-sepupu saya mendengarkan perbincangan mereka. Dan selepas mendengar perbincangan mereka itu, saya menyedari semua masalah-masalah dalam kehidupan saya ini begitu remeh, dan ada lebih banyak perkara lebih penting dalam dunia ini. Beliau membuat saya ingin melakukan sesuatu yang lebih besar dalam kehidupan saya.

"Ye Ye membuktikan kepada saya bahawa saya boleh membuat perubahan dalam hidup ini."

Saksikan lebih banyak video ucapan belasungkawa dan dokumentari khas mengenai mendiang Encik Lee Kuan Yew di wadah eksklusif kami.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan