Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lembaga SMRT 'yakin' pada pasukan pengurusan

SMRT pada Jumaat (19 Jan) menyatakan anggota lembaganya yakin pada pasukan pengurusan syarikat tersebut serta usaha berterusan bagi meningkatkan keupayaan pengurusan, operasi dan penyenggaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lembaga SMRT 'yakin' pada pasukan pengurusan

CEO Kumpulan SMRT, Encik Desmond Kuek selepas insiden banjir di terowong pada Oktober lalu.

Diterbitkan : 19 Jan 2018 08:01PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 08:09PM

SINGAPURA: SMRT pada Jumaat (19 Jan) menyatakan anggota lembaganya yakin pada pasukan pengurusan syarikat tersebut serta usaha berterusan bagi meningkatkan keupayaan pengurusan, operasi dan penyenggaraan.

Pengendali kereta api itu memberikan respons kepada pertanyaan Mediacorp selepas beberapa laporan media mendedahkan naib presiden perhubungan korporat syarikat itu, Patrick Nathan, sudah meletakkan jawatan.

Dalam kenyataannya, Cik Margaret Teo, ketua pemasaran dan perhubungan korporat berkata: "Pengerusi dan lembaga pengarah kekal fokus dalam menyediakan kepimpinan dan bekerjasama rapat dengan pengurusan, yang diterajui oleh CEO Kumpulan Encik Desmond Kuek, bagi menyampaikan pelbagai inisiatif penting termasuk projek pembaharuan aset."

Menyentuh tentang beberapa laporan mengenai peletakan jawatan Encik Nathan, beliau berkata syarikat berkenaan tidak memberikan sebarang komen berhubung pergerakan kakitangannya.

Satu laporan akhbar pada Khamis menyatakan Encik Nathan sudah meletakkan jawatan. Ia juga mendedahkan "para pemerhati menjangkakan ketua eksekutif Desmond Kuek untuk melepaskan jawatan juga". Bagaimanapun, ia tidak memberi perincian tentang siapakah pemerhati yang dimaksudkan atau mengapa mereka menjangkakan ini berlaku.

SMRT mendapat perhatian ramai dan pemerintah sejak kebelakangan ini selepas berlakunya beberapa insiden berprofil tinggi, termasuk perlanggaran kereta api di Stesen Joo Koon pada bulan November yang menyebabkan lebih 30 orang cedera, dan insiden banjir di sebahagian terowong pada bulan Oktober yang menyebabkan kelengahan berlarutan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan