Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki ditemui maut di Geylang Road; 1 diberkas atas tuduhan membunuh

Menurut polis, dalam satu kenyataan media, pihaknya dimaklumkan akan pergaduhan itu di 218 Geylang Road pada sekitar 7.50 pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditemui maut di Geylang Road; 1 diberkas atas tuduhan membunuh

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 04:18PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 04:21PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemui maut setelah satu pergaduhan di Jalan Geylang pada pagi Jumaat (15 Jun).

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan dan seorang lelaki berusia 30 tahun ditangkap berhubung kes itu.

Menurut polis, dalam satu kenyataan media, pihaknya dimaklumkan akan pergaduhan itu di 218 Geylang Road pada sekitar 7.50 pagi.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan dilaporkan sudah meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Mediacorp difahamkan bahawa beliau mempunyai kecederaan teruk di bahagian kepala.

Suspek tersebut akan didakwa di mahkamah esok (16 Jun). 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan