Images
  • rokok (1)
    (Gambar: Kastam Singapura)

Lelaki ditangkap 2 kali dalam sehari, hisap rokok haram

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$2,900 setelah ditangkap sebanyak dua kali dalam tempoh sehari kerana memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.

Lelaki itu, yang berusia 53 tahun, pernah ditangkap atas kesalahan-kesalahan serupa pada tahun 2013 dan 2015, menurut Kastam Singapura pada Rabu (10 Okt).

Lelaki itu pertama kali ditangkap merokok sebatang rokok yang tidak dibayar cukai semasa Kastam Singapura menjalankan pemeriksaan di Bukit Timah Central pada 4 Oktober.

Sekitar 90 minit kemudian, para pegawai sekali lagi ternampak lelaki berkenaan merokok sebatang rokok haram - iaitu yang tidak dibayar cukai - di kawasan yang sama.

Para pegawai menjumpai tiga paket dan 10 batang rokok yang tidak dibayar cukai semasa menjalankan pemeriksaan susulan di rumah dan tempat kerjanya.

Menurut catatan di laman Facebook Kastam Singapura, lelaki itu dikenakan denda sejumlah S$2,900 atas kesalahan tersebut.

Denda bagi pesalah kali pertama yang memiliki sehingga satu paket rokok yang tidak dibayar cukai adalah S$500.

Pesalah berulang dan mereka yang didapati memiliki lebih daripada satu paket rokok yang tidak dibayar cukai akan dikenakan denda yang lebih berat.  

- CNA/AI/ai

Top