Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara seumur hidup, bunuh pelajar S'pura di Brisbane

Mahkamah Australia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki yang membunuh seorang wanita Singapura di sebuah hotel Brisbane pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara seumur hidup, bunuh pelajar S'pura di Brisbane

Meena Narayanan sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Teknologi Queensland. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 07:29PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 07:32PM

BRISBANE: Mahkamah Australia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki yang membunuh seorang wanita Singapura di sebuah hotel Brisbane pada 2014.

Menurut laporan ABC News, Senthill Kumar Arumugam, 36 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Queensland atas pertuduhan membunuh Meena Narayanan. Hukuman dijatuhkan pada Jumaat (14 Dis).

"Serangan ngeri itu sangat ganas. Niat anda meragut nyawa mangsa melibatkan perbuatan kejam yang tidak dapat digambarkan sama sekali," kata Hakim David Boddice, seperti ditukil 9News.

Akhbar The Brisbane Times melaporkan bahawa Cik Narayanan sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Teknologi Queensland. Pelajar Singapura itu sebelumnya menuntut di Politeknik Temasek di Singapura.

Pihak pendakwa mengatakan bahawa tertuduh bertemu dengan mangsa melalui satu laman cari jodoh pada 2013. Namun keluarga mangsa menafikan bahawa mereka sudah mengaturkan perkahwinan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Mahkamah diberitahu: "Mangsa ragu-ragu tentang hubungannya dengan suspek dan ada bukti bahawa mendiang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di Australia."

Arumugam, seorang rakyat India yang menetap di Afrika Selatan didakwa memberitahu rakannya bahawa dia akan membunuh diri sekiranya mangsa enggan berkahwin dengannya.

Arumugam berkunjung ke Australia untuk berjumpa dengan Cik Narayanan. Dia bagaimanapun menyerangnya dalam sebuah bilik hotel selepas bergaduh.

Cik Narayanan mengalami kecederaan di bahagian belakang, lengan, tangan, kaki, dada dan perut, lapor 9News Australia.

Selepas membunuh Cik Narayanan, Arumugam menikam dirinya beberapa kali di bahagian perut lalu meminta bantuan, sambil mendakwa bahawa mereka cuba untuk bersama-sama membunuh diri.

Mahkamah mendapati kecederaan mangsa tidak selaras dengan dakwaan Arumugam.

Mahkamah turut diberitahu bahawa Arumugam pernah memberitahu orang lain bahawa jika "dia tidak dapat memiliki (Cik Narayanan), orang lain juga tidak boleh".

Kes tersebut tertangguh selama bertahun-tahun kerana Arumugam perlu menjalani rawatan kesihatan mental yang menyeluruh, lapor ABC.

Arumugam layak dibebaskan hanya selepas menjalani hukuman penjara 20 tahun. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan