Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 16 tahun, dirotan 18 kali kerana rogol ibunya

Seorang lelaki berusia 34 tahun, hari ini (14 Mac) dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan disebat 18 kali bagi kesalahan merogol ibu kandungnya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 16 tahun, dirotan 18 kali kerana rogol ibunya

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 10:50PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:52PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 34 tahun, hari ini (14 Mac) dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan disebat 18 kali bagi kesalahan merogol ibu kandungnya sendiri.

"Minda kami masih cuba untuk memahaminya," kata Timbalan Pendakwa Raya Sharmila Sripathy-Shanaz.

"Dengan luasnya bahasa Inggeris, tiada satu perkataan yang mudah untuk mengungkapkan maksud sebenar ketakutan yang dihadapi mangsa apabila beliau diserang dengan kejam secara seksual (oleh anaknya) yang dilahirkannya sendiri 30 tahun lalu."

Insiden itu berlaku pada 2013, dan selepas perbicaraan selama 18 hari buat dua tahun, Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan ke atasnya tiga dakwaan rogol, pencabulan dan pencabulan yang keterlaluan.

Namanya tidak didedahkan atas perintah mahkamah.

Pendakwa raya menggesa mahkamah untuk mengenakan 18 tahun penjara dan disebat 19 kali ke atas tertuduh, menukil "bahaya yang dikenakan" ke atas si ibu oleh anaknya sendiri.

Seorang pakar psikiatri memberikan keterangan bahawa wanita berkenaan, yang berusia dalam lingkungan 50-an tahun, mengalami Gangguan Tekanan Meruncing ekoran pengalaman trauma dirogol.

"Yang Arif pasti melihat beliau (mangsa) menangis di dalam kandang saksi semasa perbicaraannya," kata pendakwa raya.

Walaupun ibu dan anak itu tidak mempunyai hubungan yang erat, beliau mempelawa anaknya untuk tinggal bersamanya dan suami kedua dalam flat satu bilik.

Tertuduh tidak mempunyai tempat untuk tinggal, dan ibunya berbincang dengan suaminya bagi membenarkan anaknya itu tinggal bersama mereka dalam "flat kecil yang hanya mengandungi satu katil, sebuah almari, meja kecil, tandas dan dapur sementara," kata pendakwa raya.

Mereka memberi ruang kepada tertuduh, yang tidur atas tilam di lantai depan katil.

"Walaupun tidak menyelesakan, ibunya tidak pernah mempersoalkan keselamatannya kerana kehadiran anaknya .. kerana dia darah dagingnya sendiri," kata pendakwa raya.

Namun demikian, kelakuan anaknya itu pada awal pagi 4 Oktober 2013 "akan selamanya mematahkan ikatan antara ibu dengan anak," kata beliau di mahkamah.

Sekitar 2.30 pagi, semasa mereka di rumah, tertuduh menahan ibunya di katil dan mencabuli kehormatannya serta merogolnya - dua kali - walaupun ibunya merayu-rayu untuk berhenti.

Semasa perbicaraan, pasukan peguam lelaki tersebut, yang diketuai Peguam Kanan Harry Elias, menegaskan bahawa tertuduh dianiaya oleh ibunya dan suaminya.

Mereka "berpakat untuk melakukan laporan palsu bahawa tertuduh merogolnya untuk mengusirnya keluar dari flat dan ruang peribadi mereka," kata Encik Elias di mahkamah hari ini (14 Mac).

Tidak boleh dinafikan bahawa tertuduh merupakan "gangguan" kepada ibunya dan suaminya, serta "merupakan duri dalam kehidupan mereka", kata peguam berkenaan. "Mereka perlu mengusirnya."

Pihak pendakwa raya membalas balik dengan mengatakan bahawa mangsa "mengalami apa rasanya menjadi mangsa sekali lagi apabila pihak peguam bela melontarkan dakwaan bahawa beliau boleh 'menutup pagar' dengan hanya mengepit kakinya".

"Hujah yang tidak masuk akal itu berdasarkan kepada andaian kolot bahawa seseorang wanita boleh mencegah perogol jika beliau benar-benar mahu. Kenyataan seperti ini tidak mempunyai tempat pada abad ke-21 - di mahkamah ini atau luar," tambah beliau.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan