Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dikenakan dakwaan bunuh rakan di Jurong East setelah satu pertikaian

Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu (17 Feb) atas tuduhan membunuh rakannya selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan lori punggah di Jurong East.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2018 07:06PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 10:41PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa di mahkamah pada Sabtu (17 Feb) atas tuduhan membunuh rakannya selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan lori punggah di Jurong East.

Pada Khamis (15 Feb), Saravanan Arimuram didakwa membunuh pemandu lori punggah berusia 43 tahun Encik Sivakumar Perumal di Jurong Town Hall Road antara 5.30 petang hingga 5.48 petang.

Polis mendedahkan dalam satu kenyataan media bahawa pihaknya dimaklumkan tentang nahas yang melibatkan lori punggah di Jurong Town Hall Road menghala ke Ekspreswe Ayer Rajah itu sekitar 5.50 petang.

Tiga lelaki, berusia antara 18 hingga 43 tahun kemudian dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Encik Sivakumar, 43, mengalami kecederaan di bahagian muka dan dada. Beliau disahkan meninggal dunia sekitar 7.45 malam pada hari yang sama.

Lelaki berusia 18 tahun itu pula mengalami kecederaan di bahagian leher.

Mediacorp difahamkan Encik Sivakumar sedang memandu lori punggah apabila timbul pertikaian antara beliau dan Saravanan, yang kedua-duanya merupakan rakan. Encik Sivakumar dipercayai hilang kawalan kenderaan menyusuli pertikaian itu.

Saravanan, yang direman seminggu lagi bagi siasatan lanjut, akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 23 Februari.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mati. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan