Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel 10 tahun cabuli 3, rogol 1 remaja perempuan

Seorang lelaki 18 tahun yang keciciran sekolah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 12 kali sebatan kerana mencabul tiga remaja perempuan secara seksual dan merogol salah seorang lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 10 tahun cabuli 3, rogol 1 remaja perempuan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 10:16PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 10:17PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 18 tahun yang keciciran sekolah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 12 kali sebatan kerana mencabul tiga remaja perempuan secara seksual dan merogol salah seorang lagi.

Hari ini (12 Mac), Anthony Lim Yao Ming mengaku bersalah atas dua tuduhan yang melibatkan dua perempuan, masing-masing 13 dan 14 tahun dengan kecerdasan antara paras sangat rendah hingga rendah. Lagi lapan tuduhan turut dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman.

Kesalahan-kesalahan demikian dilakukan sepanjang tiga tahun. Beliau hanya berusia 14 tahun ketika melakukan kesalahan pertamanya.

Lim berkawan dengan seorang perempuan 13 tahun di Facebook pada Januari 2016. Mereka mula berbual-bual dan enam hari kemudian, perempuan itu bersetuju untuk menjadi teman wanita Lim.

Mereka bertemu pada 14 Januari dan 25 Januari untuk melakukan seks. Ibunya kemudian mendapat tahu dan membuat aduan polis pada 1 Februari.

Selain disiasat kerana melakukan seks dengan seorang yang bawah umur 14 tahun, Lim juga merogol seorang lagi mangsa.

Ketika itu, mangsa baru berusia 14 tahun apabila mereka bertemu di Facebook pada 2015. Sekali lagi, pada Mei 2016, perempuan itu bersetuju untuk menjadi teman wanita Lim.

Lim menyamar sebagai ibu mangsa untuk membuatnya rasa bersalah kerana tidak bertemu dengannya. Oleh sebab beliau rasa bersalah, perempuan itu bersetuju untuk berjumpa dengan Lim pada 29 Jun.

Dia kemudian membawanya ke flatnya dan merogolnya. Mangsa cuba meminta Lim berhenti tetapi dia mengancam akan menumbuk dan menamparnya sekiranya tidak dituruti.

Mangsa mengadu tentang insiden tersebut kepada guru sekolahnya. Beliau kemudian memberitahu ibunya dan mereka membuat aduan polis pada hari yang sama.

Hakim Kannan Ramesh berkata bahawa tindakan Lim "hanya eksploitasi semata-mata" sambil menarik perhatian tentang kerentanan mangsa-mangsanya yang muda dan mempunyai kecerdasan paras sangat rendah hingga rendah.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan