Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didenda S$6,600 simpan kura-kura bintang, landak

Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak S$6,600 hari ini (13 Sep) kerana menyimpan dua ekor kura-kura bintang India atau 'Indian star' dan seekor landak.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didenda S$6,600 simpan kura-kura bintang, landak

Dua ekor kura-kura bintang India atau 'Indian star' dan seekor landak yang dirampas AVA. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 11:02PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 11:08PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak S$6,600 hari ini (13 Sep) kerana menyimpan dua ekor kura-kura bintang India atau 'Indian star' dan seekor landak.

Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA).

Lim Kok Huat, 33 tahun, berniat untuk menjual haiwan-haiwan tersebut.

Menerusi kenyataan media, AVA menyatakan ia menerima maklumat mengenai perbuatan Lim itu pada 28 Februari bahawa seorang individu menjual hidupan liar dengan cara yang menyalahi undang-undang secara online dan menjalankan operasi pada 8 Mac lalu.

Kura-kura dan landak kecil itu dirampas dan diletakkan di bawah jagaan Wildlife Reserves Singapore (WRS).

Menjaga atau menjual binatang liar tidak dibenarkan di Singapura kerana tuntutan makhluk tersebut akan "menjana perdagangan hidupan liar secara haram", menurut AVA, sambil menekankan bahawa haiwan berkenaan juga mungkin menimbulkan risiko keselamatan umum jika mereka tidak dikendalikan dengan betul atau jika mereka menyebarkan penyakit kepada manusia.

Kura-kura bintang India merupakan spesies yang dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam Fauna atau Flora Liar (CITES).

Mereka yang didapati bersalah mengimport atau mengeksport, mempunyai dan menjual spesies yang dilindungi CITES, boleh didenda sebanyak S$500,000, dipenjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ia turut merupakan satu kesalahan untuk menyimpan atau menjual binatang liar yang tidak dilindungi oleh CITES, seperti landak kecil. Pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$1,000.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan