Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dicekup salah guna pas masuk; 58 ditangkap sejak bulan Jun

Seorang lelaki diberkas pada 2 Julai kerana menyalahgunakan pas masuk di kawasan transit Lapangan Terbang Changi, menurut pihak berkuasa pada Jumaat (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dicekup salah guna pas masuk; 58 ditangkap sejak bulan Jun

Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: AFP/Fyrol Mohd)

Diterbitkan : 15 Jul 2017 07:35PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 07:37PM

SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas pada 2 Julai kerana menyalahgunakan pas masuk di kawasan transit Lapangan Terbang Changi, menurut pihak berkuasa pada Jumaat (14 Jul).

Lelaki berusia 28 tahun itu membeli tiket penerbangan untuk menghantar rakannya, tetapi tidak mempunyai sebarang niat untuk meninggalkan Singapura, dedah polis dalam catatannya di laman Facebook.

Sejak bulan Jun tahun ini, seramai 58 individu ditangkap kerana menyalahgunakan pas masuk mereka, menurut polis. Kawasan transit diwartakan sebagai kawasan larangan.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa mereka yang memasuki kawasan transit dengan pas masuk "hanya harus berada di sana atas sebab ingin melakukan perjalanan ke destinasi-destinasi mereka yang selanjutnya".

Mereka yang menyalahgunkan pas masuk untuk memasuki kawasan seumpama itu boleh didenda S$1,000, dikenakan hukuman penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada bulan April, dua orang pelajar remaja diberkas kerana membeli tiket penerbangan untuk bertemu bintang hip-hop dari Korea, Simon Dominic, di kawasan transit.

Pada bulan Februari pula, seorang lelaki ditangkap kerana menggunakan pas masuknya untuk menghantar saudara-maranya di kawasan transit. Seorang lagi individu turut menggunakan pas masuk beliau untuk membuat tuntutan palsu cukai barangan dan perkhidmatan di sana.

Pada bulan September lalu, dua individu juga menggunakan pas masuk mereka untuk memasuki kawasan transit bagi membeli iPhone 7, sejurus selepas telefon bijak itu dilancarkan. Mereka turut diberkas.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan