Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dicekup kerana curi 4 komputer riba dari gereja Telok Blangah

Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas kerana didakwa mencuri empat komputer riba dari sebuah gereja di Telok Blangah Road, menurut polis dalam kenyataan media hari ini (19 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dicekup kerana curi 4 komputer riba dari gereja Telok Blangah

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 19 Mar 2017 05:30PM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 05:32PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas kerana didakwa mencuri empat komputer riba dari sebuah gereja di Telok Blangah Road, menurut polis dalam kenyataan media hari ini (19 Mac).

Kecurian itu disedari oleh seorang kakitangan gereja yang melaporkan kehilangan komputer-komputer riba tersebut kepada polis pada sekitar 2.00 petang pada Sabtu.

Empat komputer riba yang hilang itu dianggarkan bernilai lebih S$4,000 secara keseluruhan.

Para pegawai polis mengenal pasti suspek berkenaan dengan bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan menangkapnya di Maritime Square pada sekitar 4.40 pagi tadi.

Dia akan didakwa di mahkamah esok (20 Mac). Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan