Images
  • tanah merah mrt
    Stesen MRT Tanah Merah (Petikan Google Maps)

Lelaki diberkas selepas turun ke landasan MRT Tanah Merah

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas selepas dituduh memanjat pintu kaca platform stesen MRT Tanah Merah dan berada di landasan kereta api pada Khamis (8 Nov).

"Pada sekitar 11.40 pagi hari ini, kakitangan stesen kami melihat seorang lelaki melompat melepasi pintu penghadang platform di stesen MRT Tanah Merah," kata Naib Presiden Peruhubungan Korporat SMR Margaret Teo.

"Butang kecemasan segera ditekan bagi menghentikan pergerakan kereta api dan bekalan tenaga ke landasan dimatikan," kata Cik Teo.

Kakitangan SMRT memujuk lelaki itu untuk kembali ke platform di mana beliau kemudiannya diserahkan kepada polis. Khidmat kereta api kemudian dipulihkan secara bertahap-tahap sebelum pukul 12.00 tengahari.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan pada sekitar 11.50 pagi bahawa seorang lelaki dilihat di landasan kereta api dekat stesen MRT Tanah Merah yang teretak sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL).

Lelaki itu kemudian diberkas kerana melakukan tindakan tergesa-gesa. Siasatan polis sedang dijalankan.

- CNA/TQ/tq

Top