Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas kerana dipercayai terlibat dalam rompakan bersenjata di Maxwell Road

Seorang lelaki berusia 40 tahun diberkas pada Rabu (19 Dis) kerana didakwa merompak wang tunai S$1,052 daripada seorang wanita di Maxwell Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas kerana dipercayai terlibat dalam rompakan bersenjata di Maxwell Road

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 09:37PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 09:39PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 40 tahun diberkas pada Rabu (19 Dis) kerana didakwa merompak wang tunai S$1,052 daripada seorang wanita di Maxwell Road.

Satu aduan polis dibuat pada Isnin (17 Dis) pada sekitar jam 11.45 petang. Menurut mangsa itu, seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau merompaknya dan melarikan diri, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan media.

Lelaki tersebut diberkas pada sekitar jam 2.00 pagi pada Rabu di Orchard Road.

Dia akan didakwa pada Khamis (20 Dis) atas rompakan bersenjata. Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga 14 tahun, serta disebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan