Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas kerana cuba seludup 'penumpang haram' keluar S'pura

Seorang warga Malaysia berusia 37 tahun diberkas kerana dipercayai mencuba untuk menyeludup seorang lelaki keluar dari Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas kerana cuba seludup 'penumpang haram' keluar S'pura

Para pegawai menemui seorang lelaki bersembunyi dalam kompartmen bagasi di Pusat Pemeriksaan Tuas. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 11:36PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 11:38PM

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia berusia 37 tahun diberkas kerana dipercayai mencuba untuk menyeludup seorang lelaki keluar dari Singapura.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan menerusi kenyataan medianya hari ini (15 Okt) bahawa para pegawainya menahan sebuah bas berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Ahad (14 Okt), sekitar jam 9.20 malam.

Semasa menjalankan pemeriksaan, mereka menemui seorang lelaki bersembunyi dalam kompartmen bagasi.

"Penumpang haram" berkenaan merupakan seorang warga India berusia 25 tahun yang akan dihadapkan di mahkamah, menurut ICA.

"Para pegawai ICA bercakap dengan pemandu 37 tahun itu dan menyedari dia jelas sangat gugup. Curiga, para pegawai menjalankan pemeriksaan teliti dan menemui seorang lelaki bersembunyi dalam kompartmen bagasi," tambah ICA.

"Seorang ejen yang tidak dikenali berjanji akan membayar pemandu terbabit S$700 sekiranya berjaya membawa keluar warga India itu dari Singapura secara haram," menurut ICA lagi.

Kedua-dua pemandu dan warga India itu akan didakwa di mahkamah esok (16 Okt) atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Jika sabit kesalahan tinggal terlalu lama atau memasuki negara secara haram, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan dan disebat sekurang-kurangnya tiga kali.

Jika didapati bersalah cuba melarikan diri dari Singapura pula, pesalah boleh dikenakan denda maksimum S$2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan