Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas, dadah S$193,000 dirampas dalam operasi CNB

Seorang lelaki warga Singapura yang berusia 44 tahun ditahan dalam satu operasi malam semalam (13 Jun) di mana dadah bernilai lebih S$193,000 dirampas, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas, dadah S$193,000 dirampas dalam operasi CNB

(Gambar: CNB)

Diterbitkan : 15 Jun 2018 12:19AM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 12:22AM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura yang berusia 44 tahun ditahan dalam satu operasi malam semalam (13 Jun) di mana dadah bernilai lebih S$193,000 dirampas, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Jun).

Sekitar 2.54kg heroin, 1.5kg ganja, sejumlah kecil Ice dan 19 pil Erimin-5 juga ditemui dalam operasi itu, kata CNB.

Suspek yang membawa beg sandang dengan heroin di dalamnya, ditangkap berhampiran Beach Rd.

Para pegawai CNB kemudian menggeledah rumahnya di Owen Road di mana mereka menemui ganja, heroin, pil Erimin-5 dan Ice, kata CNB sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.


CNB menyatakan bahawa dadah heroin seberat 2.54kg cukup untuk memberi memenuhi ketagihan kira-kira 1,210 penyalahguna dadah selama seminggu, manakala 1.5kg ganja pula cukup untuk memenuhi ketagihan kira-kira 214 penyalahguna selama seminggu.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan