Images
  • handcuff man
    Gambar hiasan. (Gambar: Reuters) 

Lelaki diberkas cabul kehormatan wanita 66 tahun

SINGAPURA: Seorang lelaki 33 tahun diberkas kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita berusia 66 tahun. Demikian menurut polis pada Rabu (13 Jun).

Wanita itu membuat aduan kepada pihak polis pada Selasa (12 Jun), dan mengatakan bahawa kehormatannya dicabuli di Blok 9 North Bridge Road.

Menurut polis, suspek dikenal pasti dan diberkas di New Bridge Road pada Rabu (13 Jun). Siasatan masih lagi dijalankan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara dua dengan 10 tahun dan dirotan. 

- CNA/NA/na

Top