Images
  • thor TPE
    Seorang lelaki berusia 31 tahun dikejarkan ke hospital selepas tiang besi rempuh tingkap van dipandu. (Gambar: Rasyid Epvmc/ Facebook)

Lelaki dibawa ke hospital selepas tiang besi meluncur ke arah van yang dipandu

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun dibawa ke hospital selepas sebatang tiang besi menghempap cermin depan van yang dipandunya.

Insiden berlaku di Ekspreswe Tampines (TPE) menghala ke Ekspreswe Seletar sebelum susur keluar Punggol.

"Ketika memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam di TPE menghala ke Punggol, sebatang tiang besi meluncur ke arah saya dengan tidak semena-mena," tulis lelaki itu, pengguna Facebook Rasyid Epvmc pada Jumaat (10 Ogos). "Kemungkinan ia senjata latihan Thor."

"Ia menembusi cermin depan van saya," katanya, sambil menambah bahawa beliau berjaya menghentikan kenderaan di bahu jalan.


Mediacorp difahamkan, beliau sedang memandu ketika ternampak tiang besi itu secara tiba-tiba melayang ke arahnya, tetapi beliau tidak pasti dari mana datangnya.

Gambar-gambar dan video yang turut dimuat naik menunjukkan sebatang tiang besi menembusi cermin depan kenderaannya dan serpihan-serpihan kaca bertaburan dalam kenderaan tersebut.

Polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden tersebut pada sekitar 5.00 petang dan lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar.

Polis masih menjalankan siasatan.  


- CNA/AQ/aq

Top