Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 61 tahun diberkas berhubung kes rompakan bersenjata di Toa Payoh

Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas pada Isnin (13 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di Toa Payoh, menurut polis dalam kenyataan medianya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 61 tahun diberkas berhubung kes rompakan bersenjata di Toa Payoh

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 11:37AM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:40AM

SINGAPURA: Seorang lelaki, berusia 61 tahun, diberkas pada Isnin (13 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di Toa Payoh, menurut polis dalam kenyataan medianya. 

Seorang wanita, berusia 27 tahun, dirompak oleh suspek lelaki yang bersenjatakan pisau di tingkat bawah tanah sebuah bangunan di Lorong 6 Toa Payoh, menurut polis. Aduan dibuat pada pukul 3.00 pagi pada Ahad (12 Ogos).

Wang tunai bernilai sekitar S$3,900 dan rantai emas dirompak daripada wanita berkenaan, tambah polis.

Lelaki itu diberkas di Toa Payoh Central. Para pegawai dari Divisyen Polis Tanglin berjaya mengenal pasti identiti suspek menyusuli siasatan yang dijalankan serta berdasarkan imej-imej yang dirakam oleh kamera polis.

Lelaki itu dihadapkan ke mahkamah hari ini, menurut polis. Jika sabit kesalahan, dia mungkin dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun, dan dirotan. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan