Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 54 tahun mengaku bersalah kerana lakukan seks terhadap tiga budak lelaki bawah umur

Seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku bersalah pada Rabu (19 Apr) atas tiga tuduhan melakukan serangan seksual liwat terhadap tiga budak lelaki bawah umur.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 54 tahun mengaku bersalah kerana lakukan seks terhadap tiga budak lelaki bawah umur

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 20 Apr 2017 07:26PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 10:02PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku bersalah pada Rabu (19 Apr) atas tiga tuduhan melakukan serangan seksual liwat terhadap tiga budak lelaki bawah umur.

Atas kesalahan tersebut, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan didenda atau disebat.

Mahkamah diberitahu bahawa Husain Ibrahim berkawan dengan dua daripada tiga mangsanya itu - yang berusia 10 dan 14 tahun di sebuah cawangan 7-Eleven di Stesen MRT Commonwealth pada Jun 2015.

Sehari selepas pertemuan pertama itu, dua budak lelaki itu, bersama tiga lagi rakan mereka, termasuk seorang yang berusia 13 tahun, menemui Husain di The Star Vista.

Budak 13 tahun itu meminta pinjaman S$50 kerana ingin mengajak temanitanya keluar.

Husain kemudian mempelawa semua lima budak itu ke flatnya di Commonwealth Cresent, di mana dia tinggal bersama saudara lelakinya. Pada malam tersebut, saudara lelakinya tidak berada di rumah.

Budak 13 tahun itu sekali lagi meminta Husain meminjamkannya wang.

Di bilik tidurnya, Husain memberitahu budak itu dan temannya yang berusia 14 tahun bahawa dia akan hanya memberikan wang kepada mereka jika mereka membenarkannya melakukan perbuatan seksual ke atas mereka.

Kedua-dua budak itu bersetuju.

Sebulan kemudian pada bulan Julai, mangsa yang berusia 14 tahun dan temannya yang berusia 10 tahun pergi ke rumah Husain untuk sekali lagi meminta wang.

Mereka melakukan perbuatan yang sama sebagai pertukaran bagi wang dan sekali lagi pada 25 Julai.

Dua budak itu melaporkan tindakan seksual Husain ke atas mereka kepada polis, dan dia ditangkap pada 28 Julai 2015.

Husain pernah didapati bersalah termasuk berhubung dadah, dan akan dihadapkan semula ke mahkamah untuk menentukan hukumannnya pada tarikh yang belum ditetapkan.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan