Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 54 tahun, dijel seumur hidup, tikam mati rakan sendiri

Seorang lelaki, 54 tahun, dihukum penjara seumur hidup hari ini (19 Apr) kerana menikam rakannya sehingga mati selepas bergaduh di sebuah kedai kopi di Guillemard Road pada 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 54 tahun, dijel seumur hidup, tikam mati rakan sendiri

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 06:43PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 06:57PM

SINGAPURA: Seorang lelaki, 54 tahun, dihukum penjara seumur hidup hari ini (19 Apr) kerana menikam rakannya sehingga mati selepas bergaduh di sebuah kedai kopi di Guillemard Road pada 2015.

Yaacob Mohamed Yatim menggunakan pisau sepanjang 13 sentimeter untuk menikam bahagian belakang Abdul Rashid Mohd Nenggal. Insiden itu berlaku pada 3 Mei 2015 sekitar 9.00 malam, di depan khalayak ramai.

Encik Rashid, 48 tahun, rebah di jalan raya dan terhentak bahagian belakang kepalanya. Yaacob kemudian menendangnya di muka sebelum melarikan diri.

Anggota paramedik menemui Encik Rashid dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Mereka berusaha untuk menyedarkannya semula tetapi gagal. Beliau disahkan mati beberapa jam kemudian.

Yaacob ditangkap sehari kemudiannya.

Allahyarham Rashid mengalami retak di bahagian kepala dan cedera pada paru kirinya, esofagus dan arteri terbesar dalam badannya, kata Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal dan Sarah Ong.

HUBUNGAN MEMBURUK DISEBABKAN GAJI

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Yaacob yang bekerja sebagai seorang tukang bersih, membantu Rashid mendapatkan kerja menyusuli pertemuan mereka di sebuah kedai kopi di Geylang. Ketika itu, Rashid baru dilepaskan dari penjara.

Namun, Rashid berhenti kerja tidak lama kemudian. Majikannya menyerahkan gaji Rashid sebanyak S$45 kepada Yaacob. Bagaimanapun, Yaacob hilang wang tersebut sebelum sempat memberikannya kepada Rashid.

Meskipun Yaacob akhirnya memberi Rashid wangnya pada hari yang sama, hubungan mereka semakin memburuk disebabkan insiden tersebut. Yaacob kemudian menjauhkan diri dari Rashid yang pernah memukulnya, sebelum ini.

Mereka terserempak di kedai kopi SSBB Enterpise di 3D Guillemard Road pada 3 Mei yang kemudian membawa kepada pergaduhan dan kematian Rashid.

Atas kesalahan membunuh, Yaacob boleh dikenakan hukuman mati. Dia tidak boleh disebat kerana berusia lebih 50 tahun.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan