Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 53 tahun diberkas; pecah rumah dan mencuri di Faber Park

Lelaki, berusia 53 tahun, diberkas pada Rabu (15 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri pada sebelah malam di Faber Park.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 53 tahun diberkas; pecah rumah dan mencuri di Faber Park

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 15 Aug 2018 06:43PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 06:46PM

SINGAPURA: Lelaki, berusia 53 tahun, diberkas pada Rabu (15 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri pada sebelah malam di Faber Park.

Polis menerima aduan mengenai kes tersebut selepas tengah malam, yang memaklumkan pihak berkuasa bahawa sebuah rumah di Faber Park sudah dipecah masuk dan barang kemas serta jam tangan bernilai sekitar S$5,000 dilaporkan hilang.

Menyusuli siasatan yang dijalankan dan dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis berjaya mengenai pasti suspek dan menangkapnya di Upper Weld Road.

Suspek akan didakwa di mahkamah esok (16 Ogos) dan jika didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara minimum antara dua hingga 14 tahun.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan