Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 32 tahun ditangkap serang AP Tan Wu Meng di sesi bertemu penduduk

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditangkap setelah didakwa menyerang Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong Tan Wu Meng.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Apr 2018 04:22PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 11:53PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditangkap setelah didakwa menyerang Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong Tan Wu Meng.

Lelaki itu ditangkap kerana menceroboh dan dia juga disiasat kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang AP, menurut polis dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (17 Apr).

Insiden itu berlaku sekitar pukul 10.00 malam di Blok 334 Clementi Avenue 2 semalam (16 Apr), menurut polis.

Dr Tan berada di sesi bertemu penduduk itu apabila lelaki berkenaan kemudian menghampiri dan menyerang beliau.

Insiden itu menyebabkan Dr Tan mengalami lebam pada lengannya serta "sedikit kesan calar" pada lehernya, namun menurut beliau, ia hanya kecederaan ringan.

Lelaki berkenaan akan didakwa esok (18 Apr).

Sesiapa yang sabit kesalahan menceroboh di bawah seksyen 447 Kanun Jenayah, Bab 224 boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa yang sabit kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah, Bab 224 boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis memberi amaran bahawa ia "tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap perbuatan mengancam, mengugut atau melakukan keganasan ke atas orang lain, lebih-lebih lagi terhadap pegawai perkhidmatan awam atau AP yang sedang menjalankan tugas dan pesalah akan dikenakan hukuman berat".

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan