Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 27 tahun diberkas 12 minit selepas cabul kehormatan wanita

Seorang lelaki, berusia 27 tahun, ditangkap 12 minit selepas didakwa mencabul kehormatan seorang wanita, berusia 33 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 27 tahun diberkas 12 minit selepas cabul kehormatan wanita

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 06:31PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 06:33PM

SINGAPURA: Seorang lelaki, berusia 27 tahun, ditangkap 12 minit selepas didakwa mencabul kehormatan seorang wanita, berusia 33 tahun.

Dia sudah didakwa di mahkamah dan kini ditahan reman di Divisyen Polis Bedok.

Insiden ini berlaku sejurus selepas tengah malam pada hari Sabtu (15 Sep), berdekatan dengan blok 259 di Tampines.

Yeo Wei Liang, seorang pegawai eksekutif logistik, didakwa menghampiri mangsa dari belakang, kemudian meletakkan tangannya di bahagian dada mangsa, sebelum melarikan dirinya.

Seorang pejalan kaki mengejar Yeo, yang kemudian ditangkap polis 12 minit selepas kejadian.

Kes-kes cabul kehormatan kini semakin meningkat dengan 832 kes dilaporkan pada setengah tahun pertama tahun ini - iaitu peningkatan lebih 21 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.  

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan