Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 23 tahun suspek kes curi kedai barang kemas Yew Tee

Seorang lelaki berusia 23 tahun diberkas selepas mencuri barang kemas bernilai lebih S$35,000 dari sebuah kedai di Yew Tee Square.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 23 tahun suspek kes curi kedai barang kemas Yew Tee

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 07:41AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 07:42AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun diberkas selepas mencuri barang kemas bernilai lebih S$35,000 dari sebuah kedai di Yew Tee Square.

Polis menyatakan dalam kenyataan medianya pada Selasa (18 Dis) bahawa lelaki itu diberkas pada Isnin (17 Dis) menyusuli siasatan yang dijalankan oleh para pegawai dari Divisyen Polis Jurong. Pihaknya menerima maklumat dari seorang anggota awam.

Polis menambah, ia dimaklumkan tentang pencurian dari sebuah kedai di Blok 624 Choa Chu Kang Street 62 - di mana terletaknya pusat beli-belah berkenaan - pada Sabtu (15 Dis), jam 4.45 petang.

Tiga rantai dan satu loket bernilai S$35,886 dicuri dari Gold Scale Jewels.

Suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda jika sabit kesalahan.

"Kes ini satu contoh baik di mana masyarakat boleh bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah," kata Timbalan Penolong Pesuruhjaya Julius Lim, timbalan komander Divisyen Polis Jurong. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan