Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 21 tahun ditangkap guna wang palsu S$50

Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditangkap kerana menggunakan wang kertas palsu S$50 sebanyak dua kali pada Februari, kata polis pada Selasa (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 21 tahun ditangkap guna wang palsu S$50

Gambar hiasan. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Feb 2018 11:25PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 11:28PM

SINGAPURA: Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun ditangkap kerana menggunakan wang kertas palsu S$50 sebanyak dua kali pada Februari, kata polis pada Selasa (13 Feb).

Pihak berkuasa menerima laporan semalam, mengenai satu kejadian pada 10 Feb di mana dua wang kertas palsu digunakan di sebuah kedai serbaneka di Choa Chu Kang Street 51.

Para pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Komersil menahan suspek di Choa Chu Kang Street 51 pada hari yang sama jam 5 petang. Mereka juga merampas pencetak, komputer riba dan apa yang dipercayai beberapa keping wang kertas palsu bernilai S$50 dan S$100.

Lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes serupa pada 11 Feb, menurut polis.

Pihak berkuasa mengatakan wang kertas palsu S$50 dan S$100 itu mungkin salinan semula, kerana tidak mempunyai ciri keselamatan seperti 'watermark'.

Ciri-ciri keselamatan yang ditiru seperti kinegram dan benang keselamatan "jelas berbeza daripada yang terdapat pada wang kertas tulen". Permukaan wang kertas palsu itu juga tidak mempunyai ciri-ciri timbul apabila disentuh, tambahnya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Polis menasihatkan sesiapa yang mengesyaki bahawa mata wang yang diberikan kepada mereka adalah palsu agar mengambil langkah-langkah seperti melengahkan pemberinya daripada meninggalkan tempat dan menghubungi "999" dengan serta-merta. Mereka juga harus memerhatikan butiran seperti umur, bentuk badan, pakaian dan bahasa atau dialek yang diucapkan dan perhatikan nombor pendaftaran kenderaan mereka, jika ada.

Mereka juga dinasihati untuk meletakkan wang kertas yang disyaki dalam penutup pelindung seperti sampul surat untuk mengelakkan daripada rosak.

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan