Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Wei Ling: Papa seorang pejuang

Satu-satunya anak perempuan mendiang Encik Lee Kuan Yew, Cik Lee Wei Ling, menyifatkan ayahnya sebagai seorang "pejuang".

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Wei Ling: Papa seorang pejuang

Encik Lee Kuan Yew dan keluarganya. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 31 Mar 2015 10:59PM Dikemas Kini : 01 Apr 2015 01:44AM

SINGAPURA: Satu-satunya anak perempuan mendiang Encik Lee Kuan Yew, Cik Lee Wei Ling, menyifatkan ayahnya sebagai seorang "pejuang".

Cik Lee, dalam ucapan belasungkawanya di upacara persemadian peribadi di Krematorium Mandai, pada hari Ahad, mendedahkan ayahnya diserang penyakit Parkinson tiga tahun lalu.

Cik Lee adalah pengarah Institut Sains Neuro Kebangsaan.

BERIKUT BEBERAPA PETIKAN UCAPANNYA:

"Selepas Mama (Cik Kwa Geok Choo) meninggal dunia pada Oktober 2010, kesihatan Papa semakin bertambah buruk. Pengalaman sepanjang lima tahun lalu sungguh mencabar. Tetapi, seperti yang dilakukan selama ini, Papa bersungguh-sungguh, seberapa mungkin, untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

"Beliau diserang penyakit Parkinson tiga tahun lalu, dan ini menjejas teruk pergerakannya. Beliau sukar nak berdiri ataupun berjalan. Namun, beliau berkeras tidak mahu menggunakan kerusi roda ataupun tongkat. Beliau cuba berjalan dengan bantuan para pegawai keselamatannya (SO).

"Papa orangnya keras hati, tapi bersemangat waja. Beliau tetap nak turun tangga di rumah, dari verandah ke anjung di mana kereta diletakkan. Ho Ching (isteri PM Lee Hsien Loong) menguruskan agar sebuah lif disediakan untuk Papa supaya beliau tidak perlu turun tangga. Namun.. beliau enggan menggunakan lif meskipun sukar untuk beliau turun tangga.

"(Papa menasihati saya) agar jangan sekali-kali menganiaya sesiapa semata-mata kerana seseorang itu lebih lemah daripada saya atau pangkat sosialnya lebih rendah dari saya. Dan jangan sekali-kali membenarkan sesiapa membuli orang lain jika saya mampu menghentikan perbuatan itu. Jika saya ternampak seseorang itu dibuli oleh orang lain yang lebih tinggi jawatannya, saya tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan orang yang dianiaya itu.

"Kita sudah menyaksikan luahan kesedihan yang luar biasa atas pemergian ayah saya minggu ini. Ada banyak sebab kenapa begitu ramai yang berduka atas pemergiannya.

"Tapi saya tahu salah satu sebabnya ialah kerana mereka tahu Papa adalah seorang pejuang, yang akan terus melindungi dan mempertahankan mereka walau apa sekali pun. Mereka juga tahu yang beliau akan berjuang mati-matian untuk mereka, walaupun sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir."

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan