Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Kuan Yew "jadikan kita semua anak-anaknya"

Encik Li Shengwu berkata datuknya, Encik Lee Kuan Yew, seorang datuk yang penyayang, berpandangan jauh, dan seorang yang bersimpati dengan rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Kuan Yew "jadikan kita semua anak-anaknya"

Encik Lee Kuan Yew setelah Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang pilihan raya pada 21 September 1963. (Gambar: AP/File)

Diterbitkan : 31 Mar 2015 11:32PM Dikemas Kini : 31 Mar 2015 11:50PM

SINGAPURA: Encik Li Shengwu berkata datuknya, Encik Lee Kuan Yew, seorang datuk yang penyayang, berpandangan jauh, dan seorang yang bersimpati dengan rakyat.

Encik Li merupakan anak lelaki sulung Encik Lee Hsien Yang.

"Ye Ye seorang datuk yang penyayang. Ia benar-benar membuat beliau gembira, setiap kali cucu-cucunya berkumpul untuk bersama-sama menyambut beliau dan menerima hongbao pada sambutan Tahun Baru Cina," ujar Encik Li dalam eulogi peribadinya di Krematorium Mandai.

BERIKUT BEBERAPA PETIKAN UCAPANNYA

"Semasa saya membesar dulu, kadang kala saya akan berbual dengan Ye Ye tentang politik dan negara. Beliau selalu bercakap dengan penuh kesungguhan - yang wujud dalam diri beliau selepas sekian lama begitu tersemat dalam dirinya untuk membela nasib rakyat.

"Membesar di Singapura bermakna anda diselindungi bayangannya - anda dapat melihat sendiri gagasannya di bangunan-bangunan pencakar langit kita, sekolah-sekolah kita, lebuh raya kita, dan rumah-rumah kita.

"Ye Ye berjuang untuk mendapat kemerdekaan - hak kebebasan untuk kita memimpin negara kita sendiri. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia, (Ye Ye) lah yang menerajui negara yang kehilangan tempat bernaung, dan menjadikan kita semua anak-anaknya.

Encik Lee Kuan Yew setelah Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang pilihan raya pada 21 September 1963. (Gambar: AP/File)

(Encik Lee Kuan Yew setelah PAP menang pilihan raya pada 21 September 1963. Gambar: AP/File)

"Ye Ye memilih untuk mengorbankan keuntungan peribadi dan keselesaan menjalani kehidupan yang biasa, demi menyediakan kehidupan lebih baik untuk rakyat Singapura, anak-anak dan cucu-cucu mereka. Singapura kini sebuah negara yang selamat dan maju - dan kita semua terhutang budi kepada Ye Ye buat selama-lamanya.

"Ye Ye, kita akan cuba buat anda bangga. Majulah Singapura."

Saksikan lebih banyak video ucapan belasungkawa dan dokumentari khas mengenai mendiang Encik Lee Kuan Yew di wadah eksklusif kami.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan