Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Bee Wah tolak dakwaan jejas perlawanan bola sepak atas arahannya tutup lampu stadium

Anggota Parlimen Lee Bee Wah menolak dakwaan dalam sebuah artikel oleh The Online Citizen (TOC) bahawa sebuah perlawanan bola sepak di Stadium Yishun dihentikan separuh jalan kerana beliau mengarahankan supaya suis lampu ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Bee Wah tolak dakwaan jejas perlawanan bola sepak atas arahannya tutup lampu stadium

Petikan skrin Google Maps bagi Stadium Yishun.

Diterbitkan : 16 Apr 2018 10:57PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 11:05PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen Lee Bee Wah menolak dakwaan dalam sebuah artikel oleh The Online Citizen (TOC) bahawa sebuah perlawanan bola sepak di Stadium Yishun dihentikan separuh jalan kerana beliau mengarahankan supaya suis lampu ditutup.

Artikel pada Ahad (15 Apr) merujuk kepada "maklumat yang disahkan", dan melaporkan pengurus pusat stadium berkenaan menutup suis lampu pada 9.00 malam selepas didakwa menerima arahan daripada AP GRC Nee Soon.

TOC mendakwa arahan Dr Lee diberikan selepas menerima aduan daripada penduduk yang tinggal di kondominium berhampiran di The Estuary.

Bagaimanapun, dalam satu catatan di laman Facebook pada Isnin, Dr Lee menolak bahawa lampu stadium ditutup disebabkan beliau.

"Ini tidak benar. Saya tidak memberikan arahan seumpama itu, dan saya langsung tidak mengendalikan ActiveSG atau Stadium itu!" tulisnya.

Beliau juga merujuk kepada sebuah catatan oleh Kelab Bola Sepak Warriors, salah sebuah pasukan yang bermain dalam perlawanan itu, yang menyatakan perlawanan berkenaan digantung disebabkan kegagalan lampu stadium.

"Meskipun wujudnya catatan Warriors FC, TOC tetap memuat naik satu kepalsuan. Malangnya, inilah bahaya kepalsuan online sekarang," tulisnya. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan