Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pelajar dari keluarga berpendapatan rendah ditawarkan bantuan

Karnival itu dihadiri Presiden Halimah Yacob di mana keluarga-keluarga menerima baucar barangan dapur, pengangkutan dan barang-barang keperluan sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2017 10:43PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 10:47PM

SINGAPURA: Lebih ramai keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak sedang bersekolah ditawarkan bantuan di Karnival 'Siap ke Sekolah' anjuran badan bantu diri masyarakat Cina (CDAC).

Karnival itu dihadiri Presiden Halimah Yacob di mana keluarga-keluarga menerima baucar barangan dapur, pengangkutan dan barang-barang keperluan sekolah.

Secara keseluruhannya CDAC akan membantu 6,500 keluarga berpendapatan rendah, berbanding 6,300 tahun lalu.

Menurut CDAC pihaknya sudah meningkatkan usaha mendekati keluarga-keluarga susah dengan meluaskan program-program lainnya.

Acara itu memberi sokongan kepada keluarga berpendapatan 10 peratus terendah di kalangan penduduk. 

Sumber : CNA/RL/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan