Images
  • playground choa chu kang
    (Gambar: See Shirli/ Facebook)

Lebih banyak taman permainan akan diperbaharui mengikut tema

SINGAPURA: Sepanjang puluhan tahun lamanya, taman-taman permainan di negara ini banyak berubah dari segi reka bentuk dan fungsinya. Perubahan bagi taman-taman permainan ini dijangka akan terus dilakukan sejajar dengan keadaan semasa.

Perubahan ruang sosial utama ini juga diharapkan mampu memberi pengalaman yang lebih mendalam dan kehidupan bermasyarakat kepada kanak-kanak serta orang dewasa.

Ini akan dilakukan dengan pembinaan lebih banyak taman permainan bertema yang dikaitkan dengan sejarah sesebuah estet perumahan.

Antaranya ialah taman permainan dengan tema serangga di Woodlands yang baru sahaja selesai dibina tahun lalu. Ia mencerminkan ciri-ciri estet perumahan yang kaya dengan biodiversiti.

Di estet perumahan Choa Chu Kang pula terdapat taman permainan dengan tema tentera kerana di tapak taman permainan itu dahulu terletak kem tentera Keat Hong yang lama.

Sejak tahun 2016, enam taman permainan bertema sudah selesai dibina di Toa Payoh, Sengkang, Woodlands, Choa Chu Kang dan Sembawang.

Sembilan lagi dijangka siap menjelang 2021 di Dawson, Bukit Panjang dan Clementi. Lima daripadanya akan dibina di Dawson yang akan mempunyai 5,000 rumah baru menjelang akhir 2020.

Sejajar dengan visinya "kediaman di dalam taman", taman-taman permainan di Dawson akan direka menggunakan tema alam semula jadi.

Satu pameran tentang sejarah dan masa hadapan taman-taman permainan di negara ini pula akan akan berlangsung di Muzium Negara mulai 20 hari bulan ini. 

- CNA/UR/aq

Top