Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak syarikat proaktif manfaat analitis data kesan penipuan

Lebih banyak syarikat di sini menggunakan kaedah analitis data bagi mengesan kes-kes penipuan yang semakin canggih.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2018 05:29PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 10:21PM

SINGAPURA: Lebih banyak syarikat di sini menggunakan kaedah analitis data bagi mengesan kes-kes penipuan yang semakin canggih.

Hal itu dikongsikan beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Menurut syarikat audit KPMG, permintaan bagi khidmat tersebut meningkat 20 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Analitis data boleh digunakan untuk mengesan tuntutan insurans palsu atau urus niaga yang mencurigakan oleh para pekerja.

Ada pelbagai cara untuk melakukan demikian dan perkara pertama yang perlu dilakukan syarikat-syarikat adalah dengan menyediakan satu senarai data.

Ia kemudian perlu menyertakan kegiatan-kegiatan yang ingin dikesan, misalnya, tuntutan yang dibuat oleh orang tertentu yang akan mengeluarkan amaran kepada sistem yang digunakan.

Sistem itu kemudian membuat carta berdasarkan amaran yang diterima.

Maklumat yang diterima kemudian dikaji, sama ada dengan meluaskannya lagi ataupun menumpukan pada maklumat tertentu.

Ini akan membolehkan para pakar forensik menjalankan siasatan dengan lebih baik.

Menurut para pakar, firma-firma kini semakin proaktif dalam melaksanakan langkah-langkah untuk mengesan penipuan.

Ini termasuk pihak bank dan juga syarikat-syarikat berbilang negara.

Malah, semakin banyak agensi pemerintah juga kini menggunakan kaedah analitis data termasuk SkillsFuture Singapore.

Pada Januari lalu agensi itu mengumumkan ia akan menggunakan analitis data untuk memperkukuhkan sistem pengesanan penipuan menjelang suku ketiga tahun ini.

Ini setelah ia mengesan tuntutan palsu bernilai sekitar $40 juta pada tahun lepas. 

Sumber : CNA/NT/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan