Images
  • HOSPITAL

Lebih banyak khidmat perubatan ditawarkan di Hospital Besar dan Masyarakat Sengkang

SINGAPURA: Para penduduk di bahagian timur laut Singapura mempunyai lebih banyak pilihan khidmat perubatan, apabila Hospital Besar dan Masyarakat Sengkang dibuka secara bertahap-tahap mulai minggu depan.

Apabila beroperasi sepenuhnya, kedua-dua hospital itu, boleh menampung sekitar 900,000 orang.

Para penduduk dapat melihat kemudahan-kemudahan di Hospital Besar dan Hospital Masyarakat Sengkang, pada awal Sabtu (11 Ogos).

Hospital Besar Sengkang akan mula menerima kes-kes kecemasan dan membuka wad pesakit pada 18 hari bulan ini.

Hospital Masyarakat Sengkang pula bakal dibuka mulai 28 Ogos. Sebagai permulaan, ia akan menawarkan khidmat rawatan penyakit akut tidak serius dan jagaan pemulihan.

Menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, kedua-dua hospital direka untuk memudahkan orang ramai datang mendapatkan perkhidmatan.

Selain berdekatan dengan stesen MRT dan LRT, Hospital Besar dan Masyarakat Sengkang juga menawarkan khidmat doktor pakar.

Proses konsultasi serta pembayaran pula sudah diselaraskan.

- CNA/AA/na

Top