Lebih banyak bantuan bagi karyawan sektor khidmat sosial
Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Institut Pekerjaan dan dan Daya Kerja (e2i) memeterai satu perjanjian.
SINGAPURA: Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Institut Pekerjaan dan dan Daya Kerja (e2i) memeterai satu perjanjian bagi memberikan lebih banyak sokongan kepada mereka yang bertugas dalam sektor khidmat sosial.
Ini termasuk bimbingan kerjaya, latihan, pemadanan kerja dan penempatan kerja selain skim-skim pembiayaan dana.
Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai karyawan dalam sektor tersebut.
Ini diumumkan di acara tahunan penyampaian ijazah di Institut Khidmat Sosial.
Lebih 300 orang, termasuk karyawan pertengahan kerjaya, diberikan sijil dan diploma hari ini (20 Jan).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.