Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 50 syarikat gunakan MyInfo sejak dilanjutkan ke sektor swasta pada Nov

Lebih 50 syarikat sudahpun menggunakan MyInfo sejak khidmat itu dilanjutkan kepada sektor swasta November tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 50 syarikat gunakan MyInfo sejak dilanjutkan ke sektor swasta pada Nov
Diterbitkan : 21 May 2018 08:25PM Dikemas Kini : 21 May 2018 08:53PM

SINGAPURA: Lebih 50 syarikat sudahpun menggunakan MyInfo sejak khidmat itu dilanjutkan kepada sektor swasta November tahun lalu.

Dimulakan oleh Agensi Teknologi Pemerintah Singapura atau GovTech, ia membolehkan para pengguna SingPass mengisi borang urus niaga elektronik secara automatik dengan hanya menekan butang.

Salah satu syarikat swasta yang memanfaatkan khidmat MyInfo itu adalah syarikat telekomunikasi, M1. Ia bagi aplikasinya 'M1 Remit' yang menawarkan khidmat pengiriman wang mudah alih, yang baru-baru ini disepadukan ke dalam aplikasi MyInfo.

Khidmat tersebut sudahpun mencatat peningkatan 20 peratus setiap bulan dan ia dijangka akan terus mendapat sambutan.

Bagi Persatuan Pendanaan Syarikat-syarikat Pemula, khidmat MyInfo itu dapat mengurangkan masa mengumpul dan mengesahkan dokumen daripada 20 minit kepada beberapa saat sahaja.

Persatuan itu menyediakan wadah bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana mendapatkan pinjaman menerusi 'crowdfunding'. Oleh itu, selain menjimatkan masa, khidmat tersebut juga dapat memberikan lebih keyakinan kepada para penggunanya.

Sejak Januari lalu, GovTech menerima sekitar 10 usulan setiap bulan daripada sektor-sektor seperti hartanah, pembayaran digital serta jualan runcit.

Minat yang meningkat itu dipercayai disebabkan oleh keupayaannya untuk menyimpan data secara rahsia dan selamat. Ia kini disediakan secara percuma sehingga Mac tahun depan. 

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan