Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 200 kakitangan SPH dijangka diberhentikan hujung tahun ini

Singapore Press Holdings (SPH) menyatakan semalam (11 Okt) bahawa ia akan mengurangkan 230 pekerjaan menjelang akhir tahun ini sedang syarikat tersebut mempercepatkan rancangan untuk memberhentikan kakitangannya

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 200 kakitangan SPH dijangka diberhentikan hujung tahun ini

(Gambar: NAJEER YUSOF/TODAY)

Diterbitkan : 12 Oct 2017 08:54AM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 08:57AM

SINGAPURA: Singapore Press Holdings (SPH) menyatakan semalam (11 Okt) bahawa ia akan mengurangkan 230 pekerjaan menjelang akhir tahun ini sedang syarikat tersebut mempercepatkan rancangan untuk memberhentikan kakitangannya.

Seperti pertubuhan media lain di seluruh dunia, perniagaan akhbar yang merupakan teras SPH terjejas oleh penerbitan online, dengan pendapatan daripada pengiklanan dan pengedarannya kian merosot.

Hampir separuh daripada 400 kakitangan yang diberhentikan sudah diberitahu tentang rancangan tersebut.

SPH pada mulanya merancang untuk berbuat demikian sebelum hujung tahun 2018 tetapi kini mengumumkan bahawa ia akan dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Sebilangan besar daripada kakitangannya yang akan diberhentikan adalah daripada bilik berita, kata SPH, yang menerbitkan Straits Times dan beberapa akhbar serta majalah-majalah.

SPH mempunyai seramai 4,410 kakitangan setakat sehingga hujung bulan Ogos.

"Keuntungan daripada perniagaan media jauh lebih rendah disebabkan gangguan digital," kata ketua eksekutif SPH Ng Yat Chung di taklimat untuk mengumumkan pendapatan penuh syarikat itu.

Encik Ng berkata bahawa tiada rancangan untuk menutup mana-mana akhbar di bawah naungan syarikat itu.

Walaupun terdapat masalah dalam sektor media, ketua eksekutif itu berkata, bahagian perniagaan SPH yang lain, termasuk cabang hartanah, mencatat prestasi yang baik.

SPH mendedahkan bahawa keuntungan bersih kumpulannya bagi tahun kewangan yang berakhir pada bulan Ogos mencapai S$350.1 juta, naik 32 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pendapatan operasi untuk perniagaan media yang merupakan terasnya pula jatuh 13 peratus tahun ini. Pendapatan iklan menjunam sebanyak 16.9 peratus, manakala hasil pengedarannya turun 5.1 peratus. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan